Chelsea ‘dimalukan’ Leeds

Foto AFP

LONDON, 22 November- Chelsea dimalukan Leeds United, 1-4 sekali gus menjadi kekalahan ketiga ‘The Blues’ dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).

RINGKASAN BERITA AI
  • Leeds memadam memori kekalahan 6-0 sebelumnya dengan persembahan cemerlang dan merekod kemenangan pertama di Stamford Bridge dalam 27 tahun.
  • Tom Brady dikaitkan dengan pembelian pegangan minoriti; hubungannya dengan pemilik Behdad Eghbali menimbulkan persoalan tentang masa depan Alonso.
  • Prestasi terjejas membuat Chelsea kini di tangga kelapan selepas lima kekalahan dalam 11 perlawanan di bawah Xabi Alonso.

Pasukan bimbingan Xabi Alonso dihukum Leeds yang menguasai permainan untuk membolehkan pasukan itu meraih kemenangan pertama di Stamford Bridge dalam tempoh 27 tahun.

Chelsea pernah menjaringkan enam gol ketika bertemu Leeds dalam saingan Piala Liga, September lalu, namun anak buah Daniel Farke berjaya memadamkan memori tersebut dengan persembahan cemerlang di London.

Hanya 24 jam selepas legenda NFL, Tom Brady yang dikaitkan dengan rancangan untuk membeli pegangan minoriti dalam Chelsea, namun beliau mungkin perlu membuat pertimbangan selepas keputusan tersebut.

Difahamkan, Brady mempunyai hubungan baik dengan salah seorang pemilik bersama Chelsea, Behdad Eghbali, yang bakal berdepan keputusan besar mengenai masa depan Alonso, sekiranya tiada peningkatan prestasi dalam pasukan.

Kekalahan terhadap Leeds menyaksikan Chelsea berada di tangga kelapan liga, selepas mencatat kekalahan kelima dalam 11 perlawanan EPL bawah kendalian Alonso.

Beliau sebelum ini diharapkan mampu menjadi individu penting untuk menstabilkan pasukan selepas melalui tempoh penuh pergolakan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.