KDN perketat kawalan di pangkalan pasukan keselamatan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KULIM, 22 November – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang memperketat kawalan keselamatan di pangkalan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis, susulan penemuan dadah seberat 96.6 kilogram di sebuah pangkalan tentera udara baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri cadangkan perkara dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk membincangkan perluasan kawalan keselamatan di pangkalan pasukan keselamatan.
  • Kawalan ketika ini lebih tertumpu pada pintu masuk rasmi negara dan perlu diperluas merangkumi pangkalan tentera serta pangkalan polis.
  • Pihak polis menjalankan risikan sejak Januari; JSJN Bukit Aman diyakinkan pada Julai aktiviti penyeludupan melibatkan aset TUDM sedang berlaku.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu dibangkitkan Perdana Menteri dan dijangka dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat ini untuk dibincangkan.

Menurutnya, langkah itu perlu memandangkan kawalan keselamatan ketika ini lebih tertumpu kepada pintu masuk rasmi negara.

“Perdana Menteri ada cadangan untuk membawa perkara ini ke Jemaah Menteri pada Jumaat ini bagi membincangkan keperluan memperluas kawalan keselamatan, bukan sahaja di pintu masuk rasmi negara, tetapi juga di pangkalan pasukan keselamatan termasuk tentera dan polis.

“Kita mempunyai pangkalan Gerak Udara TUDM serta banyak pangkalan lain, namun ketika ini tumpuan kawalan lebih kepada pintu masuk rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersempena sambutan Deepavali di Kampung Paya Besar, Lunas, pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Saifuddin berkata, pihak polis telah menjalankan risikan terhadap kegiatan itu sejak Januari lalu.

Usaha berterusan berkenaan berjaya meyakinkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada Julai lalu bahawa kegiatan penyeludupan dadah melibatkan aset TUDM sedang berlaku.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.