Tahniah kepada semua pemenang FFM35 – DS Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (tengah) ketika mengumumkan pemenang kategori Filem Terbaik pada Malam Anugerah FFM Ke-35, malam tadi

KUALA LUMPUR, 22 November – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan tahniah kepada semua pemenang Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tahniah kepada Khadam dan semua pemenang FFM35 atas pengiktirafan karya serta bakat filem Malaysia.
  • Teruskan berkarya dari depan kamera hingga belakang tabir, nilai dan usaha anda dihargai.
  • Festival ini platform meraikan penggiat tempatan serta memperkuat industri perfileman Malaysia.
  • Bawa cerita Malaysia lebih jauh ke peringkat antarabangsa, kongsi identiti dan pengalaman kita.

Menerusi hantaran di media sosial, Datuk Seri Fahmi turut menggalakkan penggiat filem tempatan agar terus berkarya serta membawa cerita Malaysia ke peringkat lebih luas.

“Tahniah Khadam dan semua pemenang Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35). Malam tadi kita raikan karya dan bakat filem Malaysia. Dari depan kamera sampai belakang tabir, teruskan berkarya, terus bawa cerita Malaysia lebih jauh,” katanya.

Festival berkenaan merupakan platform untuk meraikan karya dan bakat industri perfileman tempatan, termasuk penggiat di hadapan dan belakang kamera.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.