MB Negeri Sembilan terima rawatan, kesihatan semakin pulih

Butiran lanjut mengenai rawatan tidak dinyatakan 

SEREMBAN, 22 November – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menerima rawatan di sebuah hospital di negeri itu dan dilaporkan keadaan kesihatannya semakin pulih.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha akhbar Mohd Fasha Musthafa mengesahkan perkembangan melalui hantaran WhatsApp dan merakamkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak.
  • Butiran lanjut mengenai rawatan dan hospital tidak didedahkan oleh pihak berkenaan.
  • Datuk Ismail kekal menerajui pentadbiran Negeri Sembilan.
  • Beliau menghadap Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban pada 20 November.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fasha Musthafa menerusi hantaran WhatsApp dan turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak dengan keadaan kesihatan Datuk Ismail.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai rawatan yang diterima serta hospital berkenaan tidak dinyatakan.

Datuk Ismail kekal menerajui pentadbiran Negeri Sembilan selepas menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, Seremban, 20 November lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.