Hujan lebat dijangka landa 6 negeri, KL dan Putrajaya hingga 8 malam

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 November – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 8 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran melibatkan seluruh Perlis dan beberapa kawasan Kedah: Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kota Setar, Pokok Sena.
  • Di Perak amaran meliputi Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Muallim, Kinta, Kampar.
  • Amaran turut membabitkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sarawak (Kuching, Sibu, Bintulu) dan Sabah (Beaufort, Sipitang, Tenom).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri terlibat seluruh Perlis serta beberapa kawasan di negeri Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kota Setar dan Pokok Sena.

Di Perak amaran melibatkan kawasan Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Muallim, Kinta dan Kampar. Manakala di Selangor ialah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang.

Amaran itu turut membabitkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Saratok), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Sarikei (Maradong dan Sarikei), Bintulu (Tatau).

Turut terjejas beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Beaufort, Sipitang dan Tenom).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.