
AMPANG, 27 November – Amerika Syarikat (AS) perlu mengambil kira kepentingan pelaburan syarikat negara sebelum mengenakan sebarang dasir tarif yang boleh menjejaskan operasi syarikat.
- Anwar meminta AS mengambil kira kepentingan pelaburan syarikatnya di Malaysia sebelum mengenakan sekatan eksport cip semikonduktor.
- Sekatan terhadap cip yang dihasilkan di Malaysia boleh merugikan syarikat AS sendiri.
- Malaysia akan meneruskan rundingan dengan AS hingga suku pertama 2027 bagi memastikan tarif eksport tidak melebihi 19 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mengenakan sekatan terhadap produk cip semikonduktor boleh merugikan syarikat itu sendiri apabila produk itu dihasilkan di negara ini.
“Isu tarif ini sedang dikendalikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan beliau telah membentangkan laporan kepada Kabinet hari ini.
“Kita tentunya tegas dalam perkara ini. Sebagai contoh, sekiranya cip berkenaan merupakan hasil pelaburan syarikat dari AS, perkara itu patut dijelaskan. Dan kalau ada sekatan chip dari AS untuk dijual ke luar negara, kita boleh pantau (tapi) terserah kepada pelabur,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang, hari ini.
Terdahulu, Datuk Seri Johari berkata bahawa Malaysia akan meneruskan rundingan bersama pihak AS sehingga suku pertama tahun 2027.
Rundingan itu bagi memastikan kadar tarif keseluruhan yang dikenakan ke atas barangan eksport negara tidak melebihi paras 19 peratus.