Pembentangan Bajet Melaka 2027 dijangka beri manfaat menyeluruh

Kerajaan negeri mahu memastikan setiap perancangan memenuhi keperluan serta aspirasi rakyat

PENGAKALAN RAMA, 27 November – Bajet Negeri Melaka 2027 dijangka dibentangkan 23 Disember ini dengan tumpuan kepada keperluan serta kesejahteraan rakyat selain memastikan peruntukan yang disediakan memberi manfaat secara
menyeluruh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bajet yang bakal dibentangkan akan lebih menjiwai rakyat dan memenuhi keperluan serta aspirasi mereka.
  • Perkembangan sektor teknologi dan semikonduktor menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Melaka.
  • Lebih 67 kolej TVET menyokong penyediaan tenaga kerja berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi bagi memenuhi keperluan industri.
  • Ekosistem pendidikan dan latihan akan terus diperkukuh agar rakyat tempatan menikmati manfaat pertumbuhan sektor semikonduktor serta pelaburan baharu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Ab Rauf Yusoh memberitahu kerajaan negeri mahu memastikan setiap perancangan yang digariskan benar-benar memenuhi keperluan serta aspirasi rakyat.

“Bajet yang bakal dibentangkan nanti akan lebih menjiwai rakyat,”katanya selepas Majlis Pelancaran ‘First Revolution Vibe Advanced CT Scan System’ di Hospital PUTRA.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi tersedia kepada rakyat Melaka berikutan keperluan tenaga kerja yang menyokong perkembangan sektor teknologi dan semikonduktor.

“Kerajaan negeri komited memberi tumpuan kepada penyediaan tenaga kerja berkemahiran bertujuan memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.

“Kerajaan negeri juga sentiasa bersedia membekalkan tenaga kerja berkemahiran rendah, sederhana serta peringkat tinggi memandangkan di Melaka mempunyai lebih 67 kolej TVET.

“Malah, pencapaian Texas Instruments mencapai pengeluaran satu bilion cip semikonduktor di Melaka membuktikan keupayaan negeri menyediakan tenaga kerja yang memenuhi standard industri,”katanya lagi.

Kerajaan negeri juga jelasnya akan terus memperkukuh ekosistem pendidikan serta latihan bertujuan memastikan rakyat tempatan memperoleh manfaat pertumbuhan sektor semikonduktor serta pelaburan baharu di Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.