Rumah usang jadi lokasi proses air ketum

Peralatan memasak ketum turut dirampas dalam serbuan di rumah usang di Kampung Tepi Sungai, Rantau Panjang/Foto PGA Briged Tenggara

RANTAU PANJANG, 22 November – Sebanyak 33 plastik berisi cecair disyaki air ketum dan lima botol ubat batuk dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah rumah usang di Kampung Tepi Sungai berhampiran Pengkalan Haram Gergaji, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • PGA menyerbu sebuah rumah selepas menerima maklumat mengenai kegiatan penjualan air ketum.
  • Seorang lelaki yang berada dalam rumah melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis.
  • Peralatan memasak serta cecair disyaki air ketum dan ubat batuk dirampas dan dipercayai untuk dipasarkan tempatan.
  • Semua barang diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pasir Mas; kes disiasat mengikut akta berkaitan; tiada tangkapan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan kira-kira pukul 2 petang itu dilakukan hasil maklumat kegiatan penjualan air ketum.

Katanya, seorang lelaki yang berada di dalam rumah bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 33 plastik berisi cecair disyaki air ketum, lima botol ubat batuk, sebuah dapur, dua periuk besar dan sebuah tong gas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1,750.

Peralatan memasak ketum turut dirampas dalam serbuan di rumah usang di Kampung Tepi Sungai, Rantau Panjang/Foto PGA Briged Tenggara

Beliau berkata, air ketum dan ubat batuk berkenaan dipercayai untuk dipasarkan di sekitar Rantau Panjang.

Semua barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada tangkapan dilakukan dalam operasi berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.