
BEIJING, 30 Julai – China memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menghampiri kapal perang negara itu secara berbahaya selepas sebuah dron laut tanpa pemandu merakam sebuah kapal tentera laut China beroperasi di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Filipina.
- Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning menegaskan operasi ketenteraan China mematuhi undang-undang antarabangsa.
- Dron autonom Seasats dilaporkan menghampiri kapal pemusnah Type 052D pada 16 Jun, kira-kira 105 kilometer barat laut Luzon.
- Rakaman kejadian disahkan oleh agensi berita Reuters.
- Filipina menggesa semua pihak mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan di ZEE negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning, menegaskan operasi ketenteraan negara itu mematuhi undang-undang antarabangsa.
“Kami mengingatkan semua pihak supaya tidak menghampiri kapal tentera laut China secara berbahaya bagi mengelakkan kemalangan di laut dan udara,” katanya.
Dron autonomi milik syarikat Seasats dilaporkan menghampiri kapal pemusnah peluru berpandu China jenis Type 052D pada 16 Jun, kira-kira 105 kilometer di barat laut Pulau Luzon.
Rakaman itu disahkan Reuters.
Sementara itu, Filipina menggesa semua pihak mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan di kawasan ZEE negara itu. – REUTERS