Kerajaan perluas pendidikan teknikal kepada huffaz mulai 2027

Kerajaan memperluas peluang pendidikan teknikal kepada pelajar huffaz dan sekolah pondok mulai 2027 / Foto Facebook Zahid Hamidi

JALAN HANG TUAH, 24 Oktober – Kerajaan berjaya melahirkan kira-kira 12,500 huffaz profesional setakat ini sekali gus merekodkan 10 peratus pencapaian awal daripada sasaran keseluruhan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendidikan teknikal dibuka kepada huffaz dan pelajar sekolah pondok bermula 2027.
  • Pelajar akan dihantar ke UniKL serta enam universiti MTUN untuk melengkapkan kemahiran profesional.
  • Program ini kesinambungan Transformasi Nasional 2050, kerajaan optimis sasaran jangka panjang menjelang 2050 boleh dicapai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata momentum positif itu akan diteruskan dengan memperluaskan peluang pendidikan tinggi teknikal kepada golongan huffaz dan pelajar sekolah pondok bagi melengkapkan kemahiran profesional mulai tahun hadapan.

“Program ini merupakan kesinambungan daripada Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang telah kita mulakan sebelum ini.

“Bagi tempoh 2027 hingga 2050, kita akan memastikan pelajar al-huffaz dan sekolah pondok yang menghafaz al-Quran dihantar ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta enam lagi universiti di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran profesional,” katanya.

Dengan pencapaian awal ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid optimis sasaran keseluruhan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050, boleh dicapai.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Graduasi Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, di Jalan Hang Tuah di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.