Lebih 275,000 MyKad generasi baharu telah dikeluarkan

JPN memberi jaminan dapat menampung permintaan peralihan pertukaran MyKad generasi baharu

KULAI, 24 Oktober – Sebanyak 275,785 MyKad generasi baharu telah dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak pelancarannya pada 17 September hingga 20 Oktober lepas dengan Johor mencatatkan angka tertinggi iaitu 31,392 kad diikuti Kuala Lumpur 29, 601 dan Selangor 26,736.

RINGKASAN BERITA AI
  • MyKad generasi baharu dilengkapi 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri sebelumnya termasuk QR kod, ultraviolet dan hologram.
  • Penambahbaikan itu memastikan ciri keselamatan kad terus relevan dengan perkembangan teknologi.
  • JPN memberi jaminan mampu menampung permintaan pertukaran kepada MyKad generasi baharu.
  • JPN menerima purata 200,000 permohonan sebulan bagi urusan kad baharu, penggantian rosak dan pertukaran pada usia 18 tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, angka berkenaan menunjukkan sambutan positif masyarakat pada penggunaan MyKad generasi baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih.

“MyKad Generasi Baharu dilengkapi 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri sedia ada termasuk QR kod, ultra violet dan hologram.

“Penambahbaikan itu bertujuan memastikan ciri keselamatan kad pengenalan terus relevan dengan perkembangan teknologi selepas penggunaan MyKad generasi terdahulu.

“JPN mengambil langkah untuk mengemas kini ciri keselamatan,”katanya dalam sidang media.

Beliau turut memaklumkan JPN memberi jaminan dapat menampung permintaan peralihan pertukaran MyKad generasi baharu.

JPN, ketika ini menerima purata 200,000 permohonan sebulan bagi pelbagai urusan termasuk permohonan kad pengenalan baharu, kad penggantian rosak dan penggantian Mykad bagi mencapai usia 18 tahun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.