YDP Agong, Raja Permaisuri zahir takziah atas kemangkatan adinda Sultan Terengganu

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan sembah takziah kepada Sultan Mizan Zainal Abidin serta seluruh kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan adinda Sultan Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Doa dipanjatkan semoga roh Almarhum dilimpahi keberkatan, kerahmatan dan diampunkan segala dosa.
  • Perkara disiarkan melalui hantaran di laman Facebook rasmi istana.
  • Almarhum dilaporkan mangkat pada 1.20 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
  • Ungkapan salam takziah turut ditujukan kepada keluarga dan kerabat diraja Terengganu.

“Salam takziah kepada Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan seluruh kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

“Dipanjatkan doa semoga roh Almarhum dilimpahi keberkatan dan kerahmatan serta diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,”menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Tengku Baderul Zaman dilaporkan mangkat pada 1.20 pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.