Eksport teknologi nuklear cecah RM6.21 bilion


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Chang Lih Kang

BANGI, 28 Oktober – Sektor teknologi nuklear negara terus memperkukuh sumbangannya kepada ekonomi berimpak tinggi apabila Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) berjaya mengkomersialkan 19 produk dan perkhidmatan sepanjang tempoh 2023 hingga 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nilai eksport kumulatif produk teknologi nuklear mencecah RM6.21 bilion (2021–2025), melibatkan 348 syarikat pengeksport.
  • Pemeteraian 44 perjanjian pengkomersialan dan 41 kolaborasi strategik bersama pemain industri tempatan serta antarabangsa.
  • Produk berimpak tinggi dikomersialkan termasuk benih padi NMR152, biobaja, formulasi antikakisan NuRust dan teknologi sanitasi LembayUVng.
  • MOSTI komited percepatkan pengkomersialan R&D, sokong Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 dan peruntukan RM10 juta untuk pembudayaan sains.

Pencapaian itu turut menyaksikan pemeteraian 44 perjanjian pengkomersialan serta 41 kolaborasi strategik bersama pemain industri tempatan dan antarabangsa sempena Hari Inovasi Nuklear Malaysia (HINM) dan Technology Preview & Showcase (TPS) 2026, hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Chang Lih Kang berkata, nilai eksport kumulatif produk tempatan berkaitan teknologi nuklear mencecah RM6.21 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025, melibatkan 348 syarikat pengeksport.

“Faktor utama nilai eksport ini melepasi sasaran adalah kerana pembangunan teknologi nuklear kini semakin pesat, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat global. Ia membuktikan orang ramai dan industri semakin nampak kegunaan serta manfaat sebenar teknologi nuklear dalam pelbagai bidang kritikal seperti perubatan dan pertanian,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis berkenaan.

Jelas beliau, nilai itu jauh melepasi sasaran awal RM2.403 bilion yang ditetapkan bagi 2030, sekali gus membuktikan potensi komersial penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains nuklear negara serta penerimaannya di pasaran antarabangsa.

Antara pasaran eksport utama ialah Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Singapura dan Belanda

Beliau berkata, kementeriannya komited mempercepatkan pengkomersialan hasil penyelidikan supaya dapat dimanfaatkan rakyat dan meningkatkan daya saing ekonomi, selaras dengan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030.

Antara produk berimpak tinggi yang berjaya dikomersialkan ialah benih padi NMR152 yang rintang penyakit dan cuaca, biobaja untuk meningkatkan hasil tanaman, formulasi antikakisan NuRust serta teknologi sanitasi UVGI LembayUVng.

Dalam usaha meningkatkan kefahaman awam, Datuk Chang Lih Kang berkata kerajaan akan meneruskan peruntukan sedia ada bagi program pembudayaan sains dan advokasi teknologi nuklear, termasuk bagi menangani stigma serta tanggapan negatif masyarakat terhadap teknologi berkenaan.

“Kita mahu rakyat lebih memahami bagaimana teknologi nuklear membantu kehidupan harian dan menangani cabaran global, termasuk keterjaminan makanan serta penjagaan kesihatan.

“Peruntukan sekitar RM10 juta di bawah program pembudayaan sains akan terus dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat tepat menerusi inisiatif interaktif, sekali gus meningkatkan kefahaman rakyat terhadap inovasi dan keselamatan teknologi ini,” katanya.

HINM dan TPS 2026 yang bertemakan Nuklear Untuk Rakyat (NUR) turut menampilkan program padanan perniagaan Nuklear Malaysia BizMatch, klinik harta intelek dan pameran teknologi.

Turut berlangsung ialah Anugerah Inovasi Nuklear Kebangsaan yang menyaksikan 24 inovasi mara ke peringkat akhir daripada lebih 50 penyertaan agensi, universiti dan industri.

Ketika ini, Nuklear Malaysia mempunyai kira-kira 2,200 pelanggan industri aktif dan menyediakan purata 5,900 perkhidmatan teknikal setahun bagi menyokong rantaian bekalan sektor pembuatan dan perkhidmatan negara.

“Kita mahu rakyat lebih faham bagaimana teknologi nuklear ini sebenarnya banyak membantu kehidupan harian dan menyelesaikan cabaran global, termasuk isu keterjaminan makanan serta penjagaan kesihatan.

Peruntukan sekitar RM10 juta di bawah program pembudayaan sains akan terus dimanfaatkan untuk menyebarkan maklumat tepat melalui inisiatif interaktif agar rakyat celik inovasi dan yakin terhadap keselamatan teknologi ini,” jelas beliau.

Selain pelancaran produk komersial, HINM dan TPS 2026 yang mengangkat tema ‘Nuklear Untuk Rakyat (NUR)’ turut menampilkan sesi padanan perniagaan Nuklear Malaysia BizMatch, klinik harta intelek, pameran teknologi, serta Anugerah Inovasi Nuklear Kebangsaan yang menyaksikan 24 inovasi mara ke peringkat akhir daripada lebih 50 penyertaan agensi, universiti dan industri di seluruh negara.

Agensi Nuklear Malaysia kini turut melayani kira-kira 2,200 pelanggan aktif industri dengan purata 5,900 perkhidmatan teknikal setiap tahun bagi memperkukuh rantaian bekalan sektor pembuatan dan perkhidmatan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.