
KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Festival ROCK’N RIUH BENOR kembali memeriahkan Ipoh, Perak dari 30 Oktober hingga 1 November ini, dengan menghimpunkan 40 jenama tempatan serta menampilkan 30 persembahan muzik dan seni.
- Pelbagai aktiviti termasuk fesyen, gaya hidup, makanan dan minuman, bengkel kreatif serta instalasi seni interaktif.
- Peluang untuk pengunjung mengenali, meneroka dan menyokong bakat serta perusahaan kreatif tempatan melalui produk dan aktiviti.
- Barisan artis termasuk Yuna, Ella, Spider, Masdo dan Bittersweet yang akan memeriahkan pentas.
- Masuk percuma kepada orang ramai setiap hari bermula jam 2 petang hingga 12 tengah malam.
Menurut kenyataan MyCreative Ventures Sdn. Bhd., agensi di bawah Kementerian Komunikasi, festival yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah itu menawarkan pelbagai aktiviti merangkumi fesyen, gaya hidup, makanan dan minuman, selain bengkel kreatif serta instalasi seni interaktif yang mengetengahkan muzik, seni dan budaya tempatan.
Penganjuran selama tiga hari itu turut membuka peluang kepada pengunjung untuk mengenali, meneroka dan menyokong bakat serta perusahaan kreatif tempatan menerusi pelbagai produk dan aktiviti yang disediakan.
Antara artis yang bakal memeriahkan festival berkenaan ialah Yuna, Ella, Spider, Masdo dan Bittersweet.
“Festival itu dibuka secara percuma kepada orang ramai dari pukul 2 petang hingga 12 tengah malam sepanjang tempoh penganjuran,” menurut kenyataan tersebut.
Maklumat lanjut mengenai ROCK’N RIUH BENOR boleh diperoleh menerusi platform media sosial Facebook, Instagram dan TikTok @riuhinthecity.