Kerajaan tidak akan muflis kerana bantu golongan miskin – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk berucap pada Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan hari ini/Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 31 Oktober – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menjadi miskin atau muflis kerana membantu golongan miskin sebaliknya kerosakan ekonomi negara berpunca daripada salah laku kepimpinan, rasuah dan ketirisan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan kepada golongan berpendapatan rendah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan hasil pembangunan dinikmati secara menyeluruh.
  • Kerajaan memperuntukkan RM16 bilion untuk SARA dan STR serta menaikkan gaji penjawat awam dan gaji minimum.
  • Kerosakan ekonomi boleh berlaku jika kekayaan awam disalahgunakan, selain akibat rasuah dan sikap tamak.
  • Prinsip membantu golongan memerlukan mesti dipertahankan selagi pengurusan kewangan dan tadbir urus baik diamalkan.

Beliau berkata bantuan kepada golongan berpendapatan rendah adalah tanggungjawab kerajaan bagi memastikan hasil pembangunan negara dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat.

Anwar berkata sebagai contoh, kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini selain melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam serta gaji minimum bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Tak ada negara dan kerajaan di dunia yang jadi miskin kerana tolong orang miskin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini.

Perdana Menteri juga berkata negara boleh mengalami kemerosotan sekiranya kekayaan awam disalahgunakan untuk kepentingan kelompok tertentu, selain amalan rasuah dan sikap tamak haloba dalam pentadbiran.

Beliau berkata prinsip membantu golongan memerlukan perlu terus dipertahankan selagi kerajaan mengamalkan pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.