
JOHOR BAHRU, 31 Oktober – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan untuk memuktamadkan lokasi pelancaran Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di Ipoh, Perak.
- Pelancaran Pelan Induk JS-SEZ akan disaksikan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura.
- Pemukiman Pemimpin Tahunan dijangka pada 4 Disember; kerangka program diperhalusi bagi urusan logistik dan impak pelancaran.
- Lawatan kerja ke Singapura pada 2 November untuk membincangkan pelaksanaan JS-SEZ.
- Kunjungan dianggap sejarah sebagai platform pertama selepas rombakan menjadi Johor Singapore Cooperation Ministerial Committee.
Ia susulan ‘Pemukiman Pemimpin Tahunan’ , tahun ini dijangkakan akan diadakan di negeri itu, Disember nanti.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pelancaran dokumen pelan induk itu akan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.
“Tarikh Pemukiman Pemimpin Tahunan adalah pada 4 Disember, cuma kerangka program itu kita masih perhalusi mengambil kira urusan logistik kedua-dua negara, termasuk kepimpinan utama serta daripada segi bagaimana kita nak pastikan ‘coverage’ ataupun kesan yang terbaik susulan daripada pelancaran ‘master plan’ dan juga Blueprint JS,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Sambutan Deepavali Parlimen Johor Bahru di Rumah Pangsa Serantau Baru, Larkin, Johor Bahru.
Pihaknya akan mengadakan lawatan kerja ke Singapura, 2 November ini bagi membincangkan berhubung pelaksanaan JS-SEZ.
Kunjungan itu bakal menjadi sejarah kerana merupakan platform pertama perbincangan dibuat, selepas rombakan sebagai Johor Singapore Cooperation Ministerial Committee.