SAR dilancar cari kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan

Operasi tertumpu di kawasan sekitar rumah mangsa/Foto ihsan JBPM

KUALA KRAI, 22 November – Seorang kanak-kanak berusia satu tahun lapan bulan dilaporkan hilang di kawasan sekitar rumahnya di Kampung Bechah Salak di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • PGO JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan melalui NG999 pada pukul 6.37 petang.
  • Pasukan bomba tiba tujuh minit kemudian dan memulakan operasi mencari dan menyelamat tertumpu di sekitar rumah, kolam dan kawasan hutan berhampiran.
  • Operasi disokong empat anggota polis, orang awam dan sembilan anggota bomba; cuaca gelap menjadi cabaran utama.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi sistem NG999 pada pukul 6.37 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa memaklumkan pihaknya tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian sebelum melakukan pemeriksaan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Operasi pencarian tertumpu di kawasan sekitar rumah mangsa termasuk kolam serta kawasan hutan berhampiran.

Usaha pencarian turut dibantu empat anggota polis dan orang awam dengan sembilan anggota bomba dari BBP Kuala Krai.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang semakin gelap menjadi antara cabaran dalam operasi berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.