Penduduk Oleshky selamat dipindahkan hasil gencatan senjata

Kepulangan warga Ukraine hasil gencatan senjata dipelopori Melania Trump.

UKRAINE, 31 Oktober – Penduduk bandar Oleshky yang terperangkap dalam krisis kemanusiaan akibat perang akhirnya selamat tiba di kawasan kawalan Ukraine pada Sabtu, selepas berjaya dipindahkan menerusi laluan Belarus hasil gencatan senjata dipelopori Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bandar Oleshky di Kherson diduduki tentera Rusia sejak 2022; penduduk mengalami kebuluran dan kekurangan bekalan asas.
  • Melania menyifatkan Oleshky di ambang bencana dan menegaskan bantuan kemanusiaan mustahil tanpa campur tangan antarabangsa.
  • Presiden Zelensky mengesahkan kepulangan warga Oleshky; mereka akan menerima bantuan kemanusiaan serta rawatan diperlukan.

Bandar Oleshky di wilayah Kherson telah diduduki oleh tentera Rusia sejak 2022 dan terputus hubungan akibat pertempuran sengit sehingga menyaksikan ramai penduduk kelaparan dan kehabisan bekalan asas.

Sewaktu mengumumkan gencatan senjata minggu lalu, Melania menyifatkan Oleshky berada di ambang bencana dan menegaskan bantuan kemanusiaan tidak mungkin dapat disalurkan tanpa campur tangan antarabangsa.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky turut mengesahkan kepulangan warga negaranya menerusi satu hantaran di platform X.

“Setakat ini, warga Ukraine dari Oleshky telah selamat melintasi sempadan tanah air. Kesemua mereka akan menerima bantuan kemanusiaan serta rawatan yang diperlukan,” tegas Zelensky.

Rundingan damai tajaan AS antara Rusia dan Ukraine dijadualkan bersambung semula pada bulan depan selepas terhenti susulan ketegangan konflik meluas di Asia Barat awal tahun ini.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.