Empat lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel

Seorang lelaki mengusung jenazah kanak-kanak perempuan Palestin, Rateel Al-Balawi, yang terbunuh dalam serangan Israel/Foto REUTERS

GAZA, 30 Julai – Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk di Bandar Gaza meninjau kemusnahan selepas serangan udara Israel pada malam sebelumnya.
  • Tentera Israel memberi amaran supaya kawasan dikosongkan sebelum serangan, dan tiada kematian dilaporkan.
  • Suasana pilu di Hospital Nasser, Khan Younis, keluarga berkumpul untuk berkabung atas kehilangan mangsa serangan.
  • Pegawai kesihatan Gaza melaporkan lebih 1,200 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terbunuh sejak gencatan senjata.

Di Bandar Gaza, penduduk meninjau kemusnahan selepas serangan udara Israel pada malam sebelumnya.

Menurut penduduk, tentera Israel mengeluarkan amaran supaya kawasan itu dikosongkan sebelum melancarkan serangan dan tiada kematian dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi Hospital Nasser di Khan Younis apabila keluarga dan waris berkumpul untuk berkabung atas kehilangan insan tersayang yang terbunuh dalam serangan Israel pada Rabu dan Khamis.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, lebih 1,200 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, telah terbunuh dalam serangan Israel sejak gencatan senjata berkuat kuasa. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.