
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Kumpulan pop sensasi Malaysia, DOLLA, bakal mengharumkan nama negara apabila tampil membuat persembahan di pentas antarabangsa The A Festival 2026 yang berlangsung di Paris Event Center, Perancis pada 24 dan 25 Oktober ini.
- DOLLA antara kumpulan pop terbesar di Asia Tenggara.
- Terus mencuri perhatian melalui persembahan bertenaga, kreativiti berani dan identiti seni tersendiri.
- Penampilan di festival berprestij itu dijangka jadi detik penting mengukuhkan kedudukan mereka serantau.
- Festival menghimpunkan penggiat seni dunia; tiket dijual dalam talian dengan sasaran peminat antarabangsa.
Sebagai antara kumpulan pop terbesar Asia Tenggara, DOLLA terus mencipta nama menerusi persembahan bertenaga, kreativiti berani serta identiti seni yang tersendiri.
Sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik serantau.
Penampilan di festival berprestij itu dijangka menjadi satu lagi detik penting dalam perjalanan seni trio berkenaan, yang berjaya meraih jutaan peminat serta mengangkat muzik pop Malaysia ke peringkat global.
The A Festival 2026 menghimpunkan pelbagai penggiat seni dari seluruh dunia, menawarkan pengalaman muzik dan budaya yang unik kepada pengunjung.
Tiket bagi festival berkenaan kini boleh didapati secara dalam talian, dengan penganjur menyasarkan kehadiran peminat dari pelbagai negara untuk menyaksikan persembahan artis-artis terkemuka termasuk DOLLA.