Sukan Komanwel 2026: Siti Aqilah raih perak angkat berat

Foto Majlis Sukan Negara

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Atlet angkat berat wanita negara, Siti Aqilah Farhana Draman menghadiahkan pingat perak selepas mengumpul angkatan keseluruhan 253 kilogram (kg) dalam acara wanita 86 kg pada temasya Sukan Komanwel 2026, Glasgow sebentar tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siti Aqilah catat angkatan snatch terbaik 113kg.
  • Beliau tambah 140kg dalam clean & jerk.
  • Emily Campbell raih emas dengan angkatan clean & jerk 163kg rekod temasya dan jumlah keseluruhan 278kg.
  • Etta Mae Love cipta gangsa dengan jumlah angkatan 250kg.

Siti Aqilah mencatat angkatan terbaik 113kg dalam disiplin snatch sebelum menambah 140kg dalam clean & jerk untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Pingat emas menjadi milik wakil England, Emily Campbell yang mendominasi saingan dengan jumlah angkatan 278kg, termasuk mencipta rekod temasya menerusi angkatan 163kg dalam clean & jerk serta jumlah keseluruhan 278kg.

Pingat gangsa pula diraih atlet Kanada, Etta Mae Love dengan jumlah angkatan 250kg.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.