Ajinomoto (Malaysia) Berhad Perkasa SCORE
Marathon 2026 Melalui Kerjasama aminoVITAL®
Bersama Pempengaruh Larian Antarabangsa

AMB menampilkan aminoVITAL® sebagai rakan tenaga rasmi SCORE MARATHON 2026

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2026 — Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus memperkukuh komitmennya dalam memajukan pemakanan sukan dengan menghimpunkan pempengaruh larian antarabangsa serta wakil pemakanan sukan dari seluruh Asia sempena SCORE Marathon 2026 by AIA Vitality yang berlangsung pada 18 hingga 19 Julai 2026 di Dataran Putrajaya.

Menerusi jenama aminoVITAL®, AMB tampil sebagai Rakan Rasmi Gel Tenaga (Official Energy Gel Partner) bagi salah satu acara maraton terbesar di Malaysia, sambil memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang prestasi sukan, pemulihan dan kesejahteraan.

Diiktiraf sebagai antara acara maraton terbesar di Malaysia, SCORE Marathon 2026 berjaya menarik kira-kira 50,000 peserta dari Malaysia dan negara-negara serantau. Acara ini menjadi platform terbaik untuk atlet, peminat kecergasan dan pakar pemakanan sukan berkongsi pengetahuan serta pengalaman, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan daya tahan, pemulihan dan kesejahteraan secara menyeluruh.

Salah satu tarikan utama penyertaan AMB ialah kehadiran pempengaruh larian antarabangsa dari Korea, Thailand dan Singapura. Penyertaan mereka mencerminkan perkembangan jenama aminoVITAL® di peringkat serantau, di samping menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu pemakanan sukan dan kepakaran larian merentas negara. Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan peranan aminoVITAL® dalam menyokong pembangunan sukan ketahanan di seluruh Asia.

Antara pempengaruh larian antarabangsa yang menyertai acara ini ialah Munji Yu (Runner_Imba) dari Korea, yang berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori Full Marathon Overall Men’s Open. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada aminoVITAL® atas sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan beliau mencapai prestasi cemerlang dalam dunia larian.

Sepanjang program berlangsung, aminoVITAL® membantu para peserta melalui produk nutrisi berasaskan asid amino yang dirumus secara saintifik untuk meningkatkan daya tahan, mengekalkan tenaga serta menyokong proses pemulihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti fizikal.

Dibangunkan berasaskan kepakaran luas Kumpulan Ajinomoto dalam penyelidikan asid amino, rangkaian produk aminoVITAL® terus menjadi pilihan yang dipercayai dalam memberikan sokongan nutrisi kepada atlet serta individu aktif yang ingin mencapai prestasi terbaik mereka.

Sebagai Rakan Rasmi Gel Tenaga, AMB turut berinteraksi secara langsung dengan ribuan pelari dan pengunjung melalui pengagihan sampel produk serta pelbagai aktiviti libat urus pengguna. Inisiatif ini memberi peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri manfaat aminoVITAL®, sambil meningkatkan pemahaman mengenai peranan asid amino dalam menyokong prestasi sukan dan pemulihan. Usaha ini sekali gus memperkukuh kesedaran terhadap aminoVITAL® dalam kalangan komuniti pelari dan penggemar kecergasan yang semakin berkembang di Malaysia.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan AMB dalam mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat menerusi pemakanan berasaskan sains, di samping memperluaskan kehadiran aminoVITAL® dalam segmen pemakanan sukan. Melalui sokongan terhadap acara sukan berskala besar serta usaha meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan sukan, AMB terus menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang lebih sihat dan aktif.

Pasukan AMB dan pempengaruh larian antarabangsa bersama-sama mempromosikan aminoVITAL® di SCORE MARATHON

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.