fb fb fb fb fb

Lee Zii Jia raih gangsa kedua buat Malaysia

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia/Foto Facebook BAM

PARIS, 5 Ogos-Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya menggondol pingat gangsa pada penentuan pingat tersebut menentang wakil India, Laksyha Sen, dalam pertarungan yang berlanjutan sehingga tiga set 13-21,21-16,20-11.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di de La Chapelle Arena, Zii Jia bermula sumbang apabila tewas pada set pertama kepada Sen, 21-13.

Namun Lee Zii Jia kembali memberi tentangan dengan memenangi set kedua, 21-16 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pemain India, Laksya Sen dilihat tenggelam punca dengan sering membuat kesilapan mudah untuk membolehkan Zii Jia memenangi perlawanan 21-11.

Kemenangan berkenaan menceriakan kem badminton negara yang telah memungut satu gangsa menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Woi Yik sebelum ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi kegembiraan dengan kejayaan Zii Jia meraih pingat gangsa buat negara.

Menerusi hantaran di laman media sosial, Perdana Menteri memuji aksi bertenaga dipamerkan anak kelahiran kedah itu yang bangkit di set ketiga menumpaskan Lakshya Sen dari India.

Kemenangan pingat gangsa membolehkan Zii Jia memperbaiki catatan sekadar mengakhiri saingan edisi Tokyo 2020 di peringkat 16 terakhir.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD