Kedai alat tulis, cenderahati musnah dalam kebakaran

Foto JBPM

KUCHING, 24 Julai – Sebuah kedai alat tulis dan cenderahati di Batu Kawa di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima JBPM Sarawak pada pukul 3.24 petang.
  • Pasukan BBP Batu Lintang dikerah, dibantu BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan ke lokasi.
  • Kebakaran dikawal pada 4.05 petang; operasi ditamatkan pada 5.24 petang dan tiada mangsa dilaporkan.

Kedai berkenaan terletak di aras bawah sebuah bangunan tiga tingkat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.24 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang kemudian digerakkan ke lokasi.

Operasi turut dibantu pasukan dari BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.05 petang, manakala operasi ditamatkan pada 5.24 petang.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.