
GUA MUSANG, 24 Julai – Seorang individu yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki terbalik di Sungai Galas, Kampung Batu 6 di sini, Isnin lepas ditemukan meninggal dunia.
- Mayat jurukimpal Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.
- Mayat dijumpai pada pukul 1 tengah hari dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
- Operasi mencari dan menyelamat melibatkan BBP Gua Musang, Dabong, Unit K9, PPDA serta APM dan menghadapi pelbagai cabaran.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan mayat jurukimpal, Mohd Ilham Che Mat Satar, 27 tahun ditemukan pada jarak kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh dalam sungai berkenaan.
“Pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat mangsa pada pukul 1 tengah hari tadi dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat,”katanya menerusi kenyataan.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula Isnin lepas berdepan pelbagai cabaran itu, disertai anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan Dabong, Unit Anjing Pengesan K9, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Sementara itu, ibu mangsa Rozita Ramli bersyukur dan berterima dengan pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Mohd Ilham.