
JOHOR BAHRU, 22 Oktober -Seramai 43 pekerja kilang, termasuk tiga warga tempatan, didenda antara RM1,000 hingga RM9,000 selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan salinan kad pengenalan milik orang lain di Mahkamah Majistret Johor Bahru, kelmarin.
- Tertuduh berumur 18 hingga 49 tahun mengaku bersalah di hadapan Majistret Nurzihan Abdul Rehman dan Atifah Hamzah Wahab.
- 35 tertuduh menggunakan kad pengenalan milik orang lain manakala lapan menggunakan kad pengenalan palsu.
- Kesalahan dilakukan di dua kilang di Pasir Gudang pada kira-kira pukul 10 pagi dan 8 malam.
- Kes dikendalikan oleh Pendakwa Raya Jabatan Pendaftaran Negara mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 Pindaan 2007.
Kesemua tertuduh berumur 18 hingga 49 tahun, membuat pengakuan dihadapan Majistret Nurzihan Abdul Rehman dan Atifah Hamzah Wahab.
Mengikut kertas pertuduhan, 35 tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai dokumen pengenalan diri.
Manakala, lapan tertuduh, didakwa menggunakan kad pengenalan palsu.
Kesalahan dilakukan di dua buah kilang di Pasir Gudang, pukul sepuluh pagi dan lapan malam kelmarin.
Kes dikendalikan Pendakwa Raya Jabatan Pendaftaran Negara, Mohd Ramzi Adnan, Md Shahedan Md Taib dan Norleelawathi Man mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
Manakala sepuluh tertuduh, diwakili peguam Rashidah Baharom, Muhd Akmal Mazlan, Heng Wang Qianwei, dan Jackson Danial.