Wanita hilang dihanyutkan kepala air di Air Terjun Puncak Jelapang

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan bagi mengesan P. Shena yang dihanyutkan arus deras/Foto JBPM Perak

IPOH, 21 November – Seorang wanita berusia 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Air Terjun Puncak Jelapang, Meru Raya, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Perak terima panggilan kecemasan pada 5.14 petang; sembilan anggota BBP Meru Raya tiba kira-kira 18 minit kemudian.
  • Tiga individu lain dilaporkan selamat; M. Shamala diselamatkan dari seberang sungai, R. Madesh menyelamatkan diri, V. Tasiwaran ditemui selamat di tebing.
  • Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan, tumpuan diberikan kepada mengesan P. Shena yang masih hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.14 petang.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya segera dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 18 minit kemudian.

“Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai P. Shena, manakala tiga lagi individu lain yang turut berada di lokasi ketika kejadian dilaporkan selamat.

“Seorang daripada mereka, M. Shamala yang terperangkap di seberang sungai berjaya diselamatkan anggota bomba, manakala R. Madesh yang turut dihanyutkan arus berjaya menyelamatkan diri sendiri dan V. Tasiwaran ditemukan selamat di tebing berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat dijalankan dengan tumpuan diberikan kepada usaha mengesan P. Shena yang dihanyutkan arus deras.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.