Pelajar MCKK dilaporkan hilang ditemukan selamat di Taiping

Gambar Hiasan

KUALA KANGSAR, 21 November – Seorang pelajar berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ditemukan selamat di Taiping, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ibu membuat laporan polis selepas dimaklumkan pihak sekolah mengenai kehilangan anaknya.
  • Polis menjalankan usaha pencarian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan, pihak sekolah dan ahli keluarga.
  • Maklumat orang awam membantu usaha polis; ACP sahkan kejadian tidak berkaitan kes kematian dan nasihatkan elakkan spekulasi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata ibu pelajar itu membuat laporan polis kira-kira pukul 6.07 petang semalam selepas
dimaklumkan pihak sekolah mengenai kehilangan anaknya.

“Polis menjalankan usaha mengesan pelajar berkenaan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, selain pihak sekolah dan ahli keluarga.

“Hasil maklumat yang disalurkan orang awam, pelajar itu berjaya ditemukan pihak polis di daerah Taiping kira-kira pukul 10 malam dan telah diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan baik dan selamat,” katanya.

ACP Heisham berkata kejadian itu tidak mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan kes kematian seorang pelajar sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang dilaporkan pada 18 November lalu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.