KPDN gubal undang-undang, bendung kegiatan ulat tiket

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menggubal peraturan bagi menangani kegiatan ulat tiket, termasuk cadangan mewajibkan penggunaan kad pengenalan ketika pembelian tiket bagi membendung pembelian secara pukal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Matlamat kawal jualan semula tiket pada harga tidak munasabah dan mencegah penipuan.
  • MCMC diberi kuasa arah platform media sosial menurunkan iklan jualan semula yang mengandungi unsur penipuan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • KPDN boleh ambil tindakan terhadap harga tiket tidak munasabah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, proses penggubalan itu telah dimulakan dan dijangka mengambil masa kira-kira enam bulan.

Cadangan berkenaan bertujuan mengekang penjualan tiket semula pada harga yang tidak munasabah serta mengelakkan penipuan.

Isu ulat tiket kembali mendapat perhatian pada 2023 susulan konsert Coldplay, apabila tiket dilaporkan dijual semula pada harga mencecah RM43,000.

“Pertama, kerajaan menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengarahkan penyedia platform media sosial menurunkan iklan penjualan semula tiket yang dikesan mengandungi unsur penipuan atau scam.

“Kuasa itu diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Tambah beliau, KPDN boleh mengambil tindakan terhadap penjualan tiket pada harga tidak munasabah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.