Houthi sasar aset Arab Saudi, nafi serang Mekah dan Madinah

Jurucakap Houthi, Yahya Saree/ Foto fail AFP

SANAA, 25 Oktober – Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman pada Sabtu mendakwa menyasarkan beberapa aset Arab Saudi dalam tempoh 24 jam, termasuk tiga lapangan terbang, dua kemudahan minyak, sebuah saluran paip dan pangkalan udara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap Yahya Saree berkata Lapangan Terbang King Khalid di Riyadh disasarkan dalam dua fasa, serta lapangan terbang Dammam dan Najran.
  • Pangkalan udara Khamis Mushait di selatan Arab Saudi turut disebut sebagai sasaran.
  • Stesen pengepaman minyak mentah dan saluran paip yang menghubungkan timur ke barat juga disasarkan.
  • Houthi menafikan dakwaan mereka menyasarkan Mekah dan Madinah walaupun Arab Saudi melaporkan serpihan ditemui.

Jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Saree berkata, antara yang menjadi sasaran ialah Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh yang disasarkan dalam dua fasa, selain lapangan terbang di Dammam di bahagian timur dan Najran di selatan negara itu.

Turut menjadi sasaran, pangkalan udara Khamis Mushait di selatan Arab Saudi, selain stesen pengepaman minyak mentah dan saluran paip minyak mentah yang menghubungkan bahagian timur dengan barat negara itu.

Bagaimanapun, kumpulan berkenaan menafikan dakwaan bahawa mereka menyasarkan kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah, selepas pihak berkuasa Arab Saudi melaporkan penemuan serpihan peluru yang jatuh susulan pemintasan di kawasan berkenaan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.