
AYER KEROH, 24 Oktober -Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan bertanding di 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, dengan mengekalkan tiga pemimpin utamanya termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai calon.
- Tiga exco dan empat penyandang DUN digugurkan.
- Exco digugurkan: Datuk Rahmad Mariman, Datuk Kalsom Noordin dan Datuk VP Shanmurgam.
- Beberapa muka baharu diumum termasuk Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, S. Nadarajah, Mohd Ridhwan, Siti Aisyah dan lain-lain.
BN turut menampilkan lapan muka baharu untuk mewakili parti itu, manakala tiga anggota Exco kerajaan negeri dan empat penyandang kerusi DUN tidak dicalonkan semula.
Datuk Seri Ab Rauf yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Melaka ketika mengumumkan calon BN pada PRN Melaka, tiga exco yang tidak dicalonkan semula adalah Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Rahmad Mariman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek.
Turut digantikan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri, Datuk Kalsom Noordin yang juga ADUN Pengkalan Batu dan Exco Belia dan Sukan Negeri, Datuk VP Shanmurgam.
Manakala antara muka baru yang diumumkan termasuklah Ketua Pemuda UMNO Negeri, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid yang mengantikan ADUN Lendu yang juga Bekas Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
MIC turut meletakkan muka baru sebagai calon iaitu S. Nadarajah.
Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali bakal bertanding di DUN Ayer Molek manakala Siti Aisyah Mahmood di DUN Pengakalan Batu.
Antara muka baru lain termasuklah Jezlee Pit di Sungai Rambai, Datuk Azman Abdullah di DUN Serkam, Datuk Dr Mutafa Musa bagi DUN Durian Tunggal dan Norazril Abd Aziz bertanding di Rembia
Bagi penyandang DUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin bertukar ke DUN Sungai Udang.
Pengenalan calon dan pelancaran jentera PRN Melaka itu berlangsung di MITC, di sini.