TuJu perlu segera tingkat prestasi, pulih keyakinan pengguna

Foto BERNAMA

KULAI, 24 Oktober – Kementerian Komunikasi berharap Aplikasi TuJu yang baru diperkenal dapat ditambah baik dengan kadar segera bagi menggalakkan penggunaannya serta memulihkan keyakinan pengguna terhadap aplikasi berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Orang ramai kecewa dengan prestasi aplikasi TuJu dan isu perlu ditangani segera menurut Timbalan Menteri Teo Nie Ching.
  • Timbalan Menteri menggesa penambahbaikan segera supaya aplikasi berfungsi baik serta tidak mengecewakan harapan rakyat.
  • TuJu dibangunkan LLM dan Prosignal Consortium sebagai alternatif menggantikan Waze yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan rejim Israel.

Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, isu tersebut perlu ditangani susulan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap prestasi aplikasi berkenaan.

“Saya berharap penambahbaikan dapat dilakukan secepat mungkin. Kerajaan telah menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi TuJu, namun prestasinya setakat ini masih belum memuaskan.

“Sehubungan itu, pihak berkenaan diharap dapat melakukan yang terbaik bagi memastikan aplikasi ini berfungsi dengan baik dan tidak mengecewakan harapan rakyat,” katanya semasa Program Penyampaian Sumbangan Deepavali 2026 di sini pada Sabtu.

Aplikasi TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB) diperkenal Rabu lalu sebagai alternatif menggantikan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan rejim Israel.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.