Amaran ribut petir di 9 negeri, Labuan hingga 10 malam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga 10 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas: Perlis; beberapa daerah di Kedah; Seberang Perai Utara Pulau Pinang; Pahang, Johor, Sarawak, Sabah; serta Labuan.
  • Terengganu: amaran meliputi seluruh negeri.
  • Amaran dikeluarkan jika hujan melebihi 20 milimeter sejam atau ribut petir dijangka berlaku atau sedang berlaku melebihi satu jam.
  • Amaran ini bersifat jangka pendek, sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kawasan terjejas membabitkan seluruh Perlis; beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik; serta Seberang Perai Utara di Pulau Pinang.

Di Terengganu, amaran meliputi negeri itu secara keseluruhan, manakala di Pahang membabitkan Rompin, Pekan dan Kuantan.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Mersing, Segamat dan Kluang.

Di Sarawak, amaran melibatkan Limbang; Miri yang merangkumi Marudi, Bario dan Telang Usan; serta Kapit, khususnya Bukit Mabong.

Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas meliputi Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan serta Tawau yang merangkumi Kalabakan dan Tawau.

Amaran turut melibatkan Labuan.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku atau sedang berlaku melebihi satu jam.

Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.