800,000 sertai protes di seluruh Perancis – Penganjur

Foto AFP

PARIS, 25 Oktober – Hampir 800,000 orang didakwa menyertai demonstrasi terbaharu bagi membantah peningkatan kos sara hidup di seluruh Perancis, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penganjur CGT mendakwa 250,000 berhimpun di Paris, manakala Kementerian Dalam Negeri menganggarkan 410,000 di seluruh negara termasuk 110,000 di Paris.
  • Polis menahan hampir 1,000 individu selepas keganasan tinggi oleh kumpulan pelampau berpakaian hitam yang membaling objek dan bunga api ke arah polis.
  • Dua individu mengalami kecederaan serius; seorang kehilangan beberapa jari akibat letupan di Toulouse, seorang lagi cedera di Clermont-Ferrand.

Salah sebuah organisasi penganjur perhimpunan, Kesatuan Buruh CGT memaklumkan bahawa 250,000 daripada jumlah tersebut berhimpun di Paris.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri Perancis menganggarkan seramai 410,000 orang menyertai demonstrasi itu di seluruh negara, termasuk 110,000 orang di Paris.

Sementara itu, polis Perancis menahan hampir 1,000 individu dalam demonstrasi yang berlangsung ketika anggota keselamatan berdepan tahap keganasan yang amat tinggi daripada kumpulan pelampau berpakaian hitam.

Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez berkata, meskipun perarakan membantah peningkatan kos sara hidup di beberapa bandar berlangsung dengan lancar, kumpulan “ultra-kiri” bertindak membaling objek dan menghalakan bunga api ke arah polis bagi mencetuskan pertembungan.

Dua individu dilaporkan mengalami kecederaan serius.

“Seorang lelaki berusia 20 tahun dilaporkan kehilangan beberapa jari akibat letupan di bandar Toulouse, manakala seorang lagi cedera di Clermont-Ferrand,” katanya. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.