KBS perluas pembangunan kemudahan sukan komuniti

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mengehadkan pembangunan kemudahan sukan komuniti kepada badminton dan futsal sahaja, sebaliknya turut mengambil kira keperluan sukan lain berdasarkan kesesuaian kawasan dan permintaan masyarakat setempat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan sediakan kemudahan pelbagai guna untuk sokong lebih banyak aktiviti sukan dan rekreasi komuniti.
  • Pelaksanaan program di Parlimen Julau melalui JBSN sepanjang 2026 termasuk Kelas Komuniti Pribumi Sarawak melibatkan futsal dan bola baling.
  • Selesai 19 projek naik taraf kemudahan sukan luar bandar (kos RM1.34 juta) merangkumi gelanggang dan kemudahan sokongan di beberapa negeri.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi anak Bimol berkata, pendekatan itu membolehkan kemudahan pelbagai guna disediakan bagi menyokong lebih banyak aktiviti sukan dan rekreasi komuniti.

“Antara sukan yang turut diberi perhatian antaranya bola sepak, sepak takraw, bola tampar, serta aktiviti kecergasan dan rekreasi komuniti.

“Bagi pelaksanaan program sukan di Parlimen Julau, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah melaksanakan beberapa program sukan dan kecergasan sepanjang tahun 2026 bagi menggalakkan penyertaan aktif masyarakat setempat.

“Ini termasuk Kelas Komuniti Pribumi Sarawak yang melibatkan aktiviti futsal dan bola baling dengan penyertaan seramai 100 orang,” katanya di Dewan Rakyat.

Selain itu, tambah Mordi, dua siri program Malaysia Active at Community turut dilaksanakan, melibatkan 101 peserta dalam aktiviti sukan dan kecergasan.

Cadangan pembinaan atau naik taraf kemudahan sukan di Julau perlu diselaraskan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta kerajaan negeri, dengan mengambil kira keperluan setempat, kesesuaian tapak dan kos pelaksanaan.

“Selain itu sebanyak 19 projek naik taraf di kemudahan sukan berskala kecil di kawasan luar bandar telah disiapkan pada tahun 2026, melibatkan jumlah kos kelulusan sebanyak RM1.34 juta.

“Projek ini meliputi gelanggang futsal, sepak takraw, bola keranjang, gelanggang serba guna, serta kemudahan sokongan sukan di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Perlis, Terengganu, dan Pahang,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.