Sukan Para Asia: Atlet lompat jauh sumbang emas kelima negara

Foto RTM

AICHI-NAGOYA, 22 Oktober – Atlet lompat jauh para negara, Wong Kar Gee menyumbang pingat emas kelima negara pada Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya selepas menjuarai acara berkenaan dalam kategori T12, pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mencatat lompatan 6.74m pada percubaan pertama dan meraih emas pertamanya di Sukan Para Asia.
  • Menunjukkan prestasi konsisten dengan lima percubaan berikutnya antara 6.36m dan 6.60m.
  • Memperbaiki pencapaian terdahulu dari perak Jakarta 2018; Sevinchbek Khusanov (Uzbekistan) raih perak, Daiki Ishiyama raih gangsa.

Atlet kelahiran Kota Kinabalu itu mencatat lompatan sejauh 6.74 meter (m) pada percubaan pertama untuk meraih emas pertamanya dalam sejarah penyertaan di Sukan Para Asia.

Pertandingan yang berlangsung di Stadium Olahraga Taman Mizuho, Nagoya itu menyaksikan beliau mengekalkan prestasi konsisten menerusi lima percubaan berikutnya dengan catatan 6.60m, 6.47m, 6.36m, 6.39m dan 6.40m.

Kejayaan itu menyaksikan atlet berusia 35 tahun berkenaan memperbaiki pencapaian terdahulu apabila meraih pingat perak dalam acara sama pada edisi Jakarta 2018.

Pingat perak menjadi milik atlet Uzbekistan, Sevinchbek Khusanov, menerusi lompatan sejauh 6.54m, manakala wakil tuan rumah, Daiki Ishiyama, meraih gangsa dengan catatan 6.48m.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.