
SIMPANG AMPAT, 22 Oktober -Seramai 37 pemandu dikesan positif dadah menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pulau Pinang dari Januari hingga malam tadi, dengan 22 kes melibatkan pemandu lori.
- Dadah jenis syabu mencatat angka tertinggi, 24 kes.
- Ketum dikesan dalam enam kes.
- Ganja dikesan dalam lima kes; morfin dua kes.
- Dari segi kenderaan, 11 kes melibatkan kenderaan persendirian dan dua kes bas perkhidmatan awam.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata dadah jenis syabu, mencatatkan angka tertinggi syabu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 24 kes.
Ia diikuti ketum sebanyak enam kes, manakala ganja dan morfin masing-masing mencatatkan lima dan dua kes.
“Dari segi kenderaan, kes melibatkan kenderaan persendirian sebanyak 11 kes, lori barangan sebanyak 22 kes dan kenderaan perkhidmatan awam, iaitu bas, sebanyak dua kes,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Operasi Bersepadu Dadah terhadap Kenderaan Perdagangan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Stesen Penguatkuasa Valdor, malam tadi.