DPP perkukuh pengurusan pelarian

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Tindakan kerajaan mengarahkan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memberhentikan sementara pendaftaran pelarian dilihat sebagai satu keputusan wajar bagi membolehkan penyusunan semula sistem pengurusan menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

RINGKASAN BERITA AI
  • DPP dilihat sebagai proses penambahbaikan untuk menjadikan pengurusan pelarian lebih tersusun.
  • Kerajaan akan mengendalikan data pelarian, menghasilkan maklumat lebih tepat bagi perancangan dan pelaksanaan program.
  • Pelaksanaan DPP membolehkan program berkaitan pelarian dilaksanakan secara lebih sistematik dan berkesan.
  • Langkah sementara menyeimbangkan tanggungjawab hak asasi manusia dengan kedaulatan negara; kerajaan dijangka terus membantu pelarian ketika diperlukan.

Pakar Kemanusiaan dan Keselamatan Insan, Dr Mohd Ramlan Mohd Arshad program tersebut dilihat sebagai satu proses penambahbaikan supaya pengurusan isu berkenaan menjadi lebih tersusun.

“Dengan adanya DPP, kerajaan akan mempunyai data yang lebih tepat mengenai pelarian. Sebelum ini, pendaftaran pelarian Rohingya dilakukan UNHCR, namun kini data berkenaan akan dikendalikan kerajaan.

“Ini membolehkan sebarang program atau perancangan berkaitan isu pelarian dilaksanakan secara lebih sistematik. Buat masa ini, saya melihat kerajaan hanya menghentikan sementara proses tersebut supaya ia dapat diperbaiki.

“Saya tidak fikir kerajaan akan menghentikan kemasukan pelarian secara berterusan kerana apabila pelarian berdepan masalah, kerajaan tetap akan membantu berdasarkan tanggungjawab terhadap hak asasi manusia sejagat,” katanya ketika dihubungi RTM.

Meskipun pendaftaran pelarian diberhentikan buat sementara, ia dilihat sebagai tempoh menyeimbangkan tanggungjawab hak asasi manusia dengan kedaulatan negara.

Sehubungan itu, pelaksanaan DPP merupakan sebahagian daripada proses pengukuhan pengurusan pelarian, selain membolehkan kerajaan memperoleh data yang lebih tepat bagi memastikan program yang dilaksanakan mencapai matlamat ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.