
MANILA, 24 Julai – Sepuluh individu diselamatkan selepas terperangkap di dalam rumah mereka akibat banjir deras yang memutuskan laluan keluar, dalam operasi menyelamat menggunakan tali oleh Pengawal Pantai Filipina di Hamtic, Antique, wilayah barat negara itu, awal pagi Jumaat.
- Hujan berterusan akibat Monsun Barat Daya, diperkukuh Depresi Tropika Kiyapo, menyebabkan banjir dan peningkatan paras sungai.
- Anggota pengawal pantai dan pasukan penyelamat tempatan meredah air banjir setinggi dada untuk mencapai dua keluarga terperangkap.
- Penyelamat menggunakan tali keselamatan mengiring dewasa dan kanak-kanak merentas arus deras ke kawasan selamat.
- Monsun turut mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh, memaksa pemindahan penduduk di Mindanao, Visayas serta beberapa kawasan Metro Manila.
Operasi itu dilaksanakan selepas hujan berterusan kesan daripada Monsun Barat Daya yang diperkukuh oleh Depresi Tropika Kiyapo pada Khamis, menyebabkan banjir serta peningkatan paras sungai di beberapa kawasan di Filipina.
Anggota Pengawal Pantai Filipina bersama pasukan penyelamat tempatan meredah air banjir sehingga paras dada bagi mencapai dua keluarg yang terperangkap.
Dengan bantuan tali keselamatan, anggota penyelamat memandu golongan dewasa dan kanak-kanak merentasi arus deras sebelum membawa mereka ke kawasan selamat.
Kesemua 10 mangsa berjaya dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan tiada kecederaan dilaporkan dalam operasi berkenaan.
Fenomena monsun ini turut menyebabkan banjir besar dan kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan di Filipina, sekali gus memaksa penduduk di Mindanao, Visayas serta beberapa kawasan di Metro Manila, terpaksa berpindah. – REUTERS