fb fb fb fb fb

Kelayakan Olimpik: Arul muktamadkan senarai 18 pemain

Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj memaklumkan, 18 pemain yang telah dipilih pada kelayakan sukan Olimpik Paris 2024, mampu bermain dalam beberapa posisi.

Kriteria itu dimuktamadkan selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) hanya membenarkan hanya 18 berbanding 20 pemain didaftarkan pada saingan tersebut.

Dalam pada itu juga, Arul memerlukan barisan pemain yang memiliki semangat juang yang tinggi dan sanggup bekorban buat pasukan negara.

"Bila saya buat pemilihan ini pun saya turut melihat pemain yang boleh bermain pelbagai posisi.

"Satu lagi aspek pemilihan kadang-kadang saya kena seimbangkan dengan skuad ini. saya tak boleh ambil pemain yang sekadar bermain sahaja.

"Saya kena ambil pemain yang bersemangat.Saya ada beberapa pemain yang seperti itu. Itu sangat penting buat pasukan",kata Arul ketika ditemui pemberita.

Skuad negara dijangka berlepas ke Muscat pada 11 Januari ini dan mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang Kanada serta Chile sebelum memulakan kempen kelayakan.

Skuad Speedy Tigers akan membuka tirai saingan menentang China pada 15 Januari diikuti pertemuan dengan Great Britain pada 17 Januari sebelum melengkapkan aksi terakhir Kumpulan A menentang Pakistan pada 19 Januari depan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD