Hong Leong Bank komited sokong PMKS menerusi kemudahan SME SRF

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Hong Leong Bank menyatakan komitmen untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana, PMKS menerusi pelaksanaan inisiatif Kemudahan Kestabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS atau SME Stabilisation Relief Facility, SME SRF.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif Bank Negara membantu PMKS terjejas oleh gangguan operasi dan cabaran aliran tunai susulan konflik di Asia Barat.
  • SME SRF menawarkan pembiayaan modal kerja sehingga RM750,000 dengan kadar sehingga 3.75% setahun dan tempoh pembiayaan hingga lima tahun.
  • Kemudahan disokong jaminan sehingga 80% oleh CGC/SJPP; permohonan dibuka 15 Mei hingga 31 Disember 2026 atau sehingga dana RM5 bilion habis.

Inisiatif yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia itu bertujuan membantu PMKS yang terjejas akibat gangguan operasi dan cabaran aliran tunai susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Institusi kewangan itu dalam kenyataan memaklumkan, sebagai tulang belakang ekonomi negara, PMKS memerlukan sokongan segera bagi memastikan kelangsungan operasi serta mengekalkan momentum pertumbuhan perniagaan.

Kemudahan SME SRF disediakan sebagai penyelesaian modal kerja khusus bagi membantu syarikat yang terkesan menampung keperluan kecairan jangka pendek serta memenuhi komitmen kewangan tanpa menjejaskan prospek pertumbuhan jangka panjang.

Bawah kemudahan itu, PMKS yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM750 ribu bagi tujuan modal kerja dengan kadar pembiayaan sehingga 3.75 peratus setahun dan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun.

Kemudahan tersebut turut disokong jaminan sehingga 80 peratus menerusi Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, CGC atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad, SJPP.

Permohonan bagi SME SRF dibuka mulai 15 Mei hingga 31 Disember 2026 atau sehingga keseluruhan dana RM5 bilion dimanfaatkan sepenuhnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.