MIMOS, Quantropi perkasa keselamatan siber

Foto MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – MIMOS Berhad dan syarikat keselamatan siber Kanada, Quantropi Inc menjalin kerjasama strategik untuk mempercepat penggunaan dan pengkomersialan teknologi keselamatan siber yang selamat daripada ancaman kuantum di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penilaian teknikal awal dan aktiviti percubaan dijalankan, meletakkan asas bagi kerjasama lebih mendalam.
  • Meneroka guna pakai, integrasi dan pembangunan teknologi disesuaikan untuk keperluan keselamatan siber Malaysia.
  • Dr Saat: kerjasama menterjemah keupayaan kuantum kepada aplikasi praktikal bagi memperkukuh daya tahan digital negara.
  • James Nguyen: inisiatif akan memperluas penggunaan teknologi keselamatan kuantum dalam persekitaran sebenar pada masa ini.

Kerjasama itu menggabungkan kepakaran MIMOS dalam teknologi kuantum dan keselamatan siber dengan penyelesaian Pengagihan Kunci Selamat Kuantum (QSKD) serta teknologi keselamatan siber Quantropi.

”Penilaian teknikal awal dan aktiviti percubaan telah dijalankan, sekali gus meletakkan asas bagi kerjasama yang lebih mendalam.

”Ini termasuk meneroka bagaimana untuk mengguna pakai, mengintegrasikan dan membangunkan teknologi yang disesuaikan dengan keperluan keselamatan siber Malaysia yang terus berkembang,” jelas kenyataan itu

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MIMOS Berhad, Dr Saat Shukri Embong berkata kerjasama itu dapat menterjemahkan keupayaan teknologi kuantum dan keselamatan siber Malaysia kepada aplikasi praktikal bagi memperkukuh daya tahan digital negara.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Quantropi, James Nguyen berkata kerjasama itu akan membantu memperluas penggunaan teknologi keselamatan siber ancaman kuantum dalam persekitaran sebenar.

“MIMOS mempunyai kepakaran teknikal yang mendalam, keupayaan kukuh dalam teknologi kuantum dan keselamatan siber, serta pemahaman penting mengenai pasaran Malaysia.

“Bersama-sama, kami berpeluang untuk bergerak melangkaui perbincangan mengenai ancaman kuantum dan menunjukkan bagaimana teknologi yang selamat daripada ancaman kuantum boleh diintegrasikan ke dalam persekitaran dunia sebenar pada masa ini,” katanya.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.