
KUALA LUMPUR, 18 Mei – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Lebihan mudah tunai: RM36.91 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.92 bilion dalam pasaran wang Islam.
- BNM menjalankan tiga tender repo berbalik: RM1.5 bilion (7 hari), RM300 juta (31 hari), RM500 juta (92 hari).
- Tender repo berbalik Islam: RM600 juta (7 hari) di bawah perjanjian jual dan beli balik dan RM950 juta (31 hari) Murabahah Komoditi Bercagar.
- Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.2 bilion dan RM31.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM36.91 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.92 bilion dalam pasaran wang Islam.
BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk tujuh hari, RM300 juta untuk 31 hari dan RM500 juta untuk 92 hari.
Bank pusat akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam di bawah perjanjian jual dan beli balik bernilai RM600 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam di bawah kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar berjumlah RM950 juta untuk 31 hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.2 bilion dan RM31.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah. – BERNAMA