Funding Societies dan Boost Bank perluas pembiayaan perniagaan bersandar hartanah untuk PKS

Pembiayaan perniagaan bersandarkan hartanah bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Funding Societies dan Boost Bank telah bekerjasama untuk memperluas akses kepada pembiayaan perniagaan bersandarkan hartanah bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk PKS mikro yang mempunyai aset dan PKS yang sedang berkembang di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gabungan kepakaran Boost Bank berlesen dan Funding Societies digital untuk menyediakan pembiayaan berstruktur praktikal kepada perniagaan yang sukar mendapat pembiayaan.
  • Kedua pihak akan meneroka kerjasama lanjut bagi meluaskan akses pembiayaan berstruktur kepada kumpulan PKS yang kurang mendapat perkhidmatan institusi tradisional.
  • Kerjasama diharap memudahkan pembiayaan bersandarkan aset di seluruh Malaysia serta menyokong inovasi bertanggungjawab dan penyelesaian lebih inklusif untuk perniagaan.

Kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan kerjasama itu menggabungkan kemampuan perbankan yang dikawal selia oleh Boost Bank dan kepakaran pembiayaan PKS digital Funding Societies untuk memberi perkhidmatan kepada perniagaan yang terus mengalami kesukaran untuk mendapat akses penyelesaian pembiayaan yang tepat pada masanya, berstruktur dan praktikal.

Pada masa akan datang, kedua-dua pihak berhasrat untuk meneroka lebih banyak bidang kerjasama bagi meluaskan akses kepada pembiayaan berstruktur untuk perniagaan dalam spektrum PKS yang lazimnya kurang mendapat perkhidmatan daripada institusi kewangan tradisional.

Menurut Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon, melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengembangkan akses kepada penyelesaian pembiayaan praktikal bersandarkan aset bagi PKS dan syarikat pertengahan di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank, Fozia Amanulla pula berkata banyak perniagaan mempunyai operasi dan aset yang berdaya maju tetapi mungkin masih berdepan halangan untuk mengakses pembiayaan berikutan sejarah kredit yang terhad, cabaran dokumentasi atau tiada penyelesaian yang distrukturkan berdasarkan keperluan perniagaan mereka.

“Kerjasama berkenaan mencerminkan peranan yang kami yakin boleh dimainkan oleh bank digital dalam ekosistem kewangan Malaysia melalui kerjasama dengan rakan kongsi teknologi kewangan untuk meluaskan jangkauan, menyokong inovasi yang bertanggungjawab dan menyediakan penyelesaian pembiayaan yang lebih inklusif kepada perniagaan,” katanya. /BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.