Polis mohon bantuan kesan lelaki 75 tahun hilang

Lui Eng Thiam, 75, memandu sendiri sebuah kereta Nissan Teana berwarna kelabu, nombor pendaftaran WWS 8315

AMPANG, 8 Oktober — Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Seraya, Ampang, pada malam Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dia keluar rumah kira-kira pukul 7 malam untuk makan dan tidak pulang sehingga kini.
  • Ketinggian 167 sentimeter, berat kira-kira 75 kilogram, berkulit cerah.
  • Dipercayai memandu Nissan Teana kelabu nombor pendaftaran WWS 8315.
  • Hubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya 03-4289 7222 atau Sarjan Mohd Shahril Yusof 012-357 4077 jika ada maklumat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Lui Eng Thiam pada pukul 10.52 pagi semalam.

Beliau berkata, lelaki berkenaan keluar dari rumah kira-kira pukul 7 malam Selasa untuk makan malam, namun tidak pulang sehingga kini.

“Lui berketinggian 167 sentimeter dan berat kira-kira 75 kilogram (kg) serta berkulit cerah.

“Dia dipercayai memandu sendiri sebuah kereta Nissan Teana berwarna kelabu, nombor pendaftaran WWS 8315,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-4289 7222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Shahril Yusof di 012-357 4077.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.