Hari Sukan Negara 2026: Laluan Persiaran Nasional ditutup sementara

Panduan pengunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 8 Oktober — Laluan Persiaran Nasional di hadapan pintu gerbang TM Stadium Nasional, termasuk laluan pejalan kaki, trek joging dan basikal, ditutup sementara mulai 6 hingga 12 Oktober ini bagi memberi laluan kepada persiapan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • PSM memaklumkan penutupan kawasan di hadapan pintu gerbang TM Stadium Nasional di KL Sports City.
  • Pengunjung dan pengguna dinasihatkan guna laluan alternatif Pintu Gerbang Pink atau laluan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.
  • Orang ramai termasuk pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu diminta elak kawasan bagi memastikan persiapan berjalan lancar.
  • Hari Sukan Negara 2026 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan 69 program serta aktiviti sukan dan rekreasi.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan penutupan itu membabitkan kawasan di hadapan pintu gerbang TM Stadium Nasional di KL Sports City (KLSC).

“Warga kerja dan pengguna yang perlu memasuki kawasan KLSC dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Pintu Gerbang Pink atau laluan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Orang ramai termasuk pejalan kaki, penunggang basikal serta pemandu kenderaan diminta mengelak daripada melalui kawasan berkenaan bagi memastikan kerja persiapan berjalan lancar selain mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.

Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 kembali dengan 69 program dan aktiviti sukan serta rekreasi di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula esok hingga 10 Oktober ini.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.