
KUALA LUMPUR, 5 November -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.
- Peranan TNB selama 77 tahun membekalkan tenaga elektrik dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
- Sumbangan TNB memacu pembangunan negara dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan tenaga.
- Pengiktirafan ini mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan mencerminkan keyakinan rakyat terhadap TNB.
- Harapan agar kejayaan menjadi pemangkin mempertingkat mutu perkhidmatan, mengukuh infrastruktur dan memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata sepanjang 77 tahun penubuhannya, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi serta memacu pembangunan negara.
“Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.
Datuk Seri Anwar turut berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada TNB untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga serta memperluas penggunaan tenaga boleh baharu demi memastikan masa depan Malaysia yang mampan.