
KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Pasaran saham Malaysia kekal stabil; disokong dasar dan polisi kerajaan yang telus.
- Kemasukan dana asing meningkat, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia.
- Pasaran modal mengalami pasang surut dan banyak kejadian global mempengaruhi sentimen pelabur.
- Dunia sedang melalui perubahan geopolitik, namun pasaran tempatan tidak menunjukkan pergerakan ekstrem.
- Malaysia merekodkan aliran FDI tertinggi, satu pencapaian penting dalam menarik pelaburan luar.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kestabilan yang dimiliki oleh Malaysia telah berjaya menggalakkan kemasukan dana asing, sekali gus mempamerkan keyakinan pelabur terhadap negara.
“Kita tahu pasang surut pasaran modal dan kita dapat melihat banyak perkara berlaku di seluruh dunia.
“Kita kini berada dalam fasa perubahan geopolitik dunia, namun yang penting ialah pasaran saham Malaysia kekal stabil.
“Kita tidak melihat pergerakan yang terlalu tinggi atau kejatuhan mendadak.
“Kestabilan ini menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai dasar yang telus serta berjaya merancakkan kemasukan dana dari luar.
“Kita telah melihat Malaysia merekodkan FDI (pelaburan langsung asing) tertinggi dan saya rasa itu merupakan satu pencapaian yang telah kita capai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim di Parlimen di sini hari ini.