
SUNGKAI, 23 November – Sebanyak enam projek pembangunan bernilai RM500,000 berjaya dilaksanakan di Kampung Menderang, Sungkai, Perak menerusi Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2026.
- Projek merangkumi penambahbaikan infrastruktur kampung, pemasangan lampu solar serta naik taraf masjid, surau dan gelanggang sukan.
- Pelaksanaan bertujuan meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.
- Inisiatif dijangka merancakkan pelancongan desa dan menggalakkan aktiviti riadah komuniti.
- Program dilaksanakan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang serta Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Menderang.
Projek berkenaan merangkumi pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur kampung, pemasangan lampu solar serta menaik taraf kemudahan masjid, surau dan gelanggang sukan.
Ketua Perangkawan Malaysia, Siti Asiah Ahmad berkata, pelaksanaan projek itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Inisiatif berkenaan turut dijangka merancakkan potensi pelancongan desa serta menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan komuniti.
Program yang dirasmikan semalam itu dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang serta Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Menderang.
Ia mencerminkan komitmen kerajaan memperkasa pembangunan luar bandar secara inklusif dan mampan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Dalam perkembangan lain, DOSM akan melaksanakan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2027 bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun depan.
Survei itu bertujuan mengumpul maklumat berkaitan pendapatan, perbelanjaan, kemiskinan dan kos sara hidup bagi menyokong perancangan serta penggubalan dasar kerajaan.