
KUALA NERUS, 8 Oktober – Agenda pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) antara perkara yang menjadi harapan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober.
- Perlu mempertingkatkan fasiliti pembelajaran untuk sokong pengajaran dalam talian dan kaedah pembelajaran moden.
- Bilik kuliah mesti dilengkapkan dengan fasiliti mencukupi supaya agenda pendigitalan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
- Belanjawan 2027 diharap memberi tumpuan kepada kebajikan mahasiswa, kemudahan kolej kediaman dan pembangunan ekosistem pendidikan tinggi.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata, kemudahan pembelajaran perlu dipertingkatkan memandangkan kaedah pengajaran kini tidak lagi tertumpu secara fizikal, sebaliknya turut melibatkan pembelajaran secara dalam talian.
“Bilik bilik kuliah harus dilengkapkan fasiliti yang mencukupi untuk agenda pendigitalan dan AI dapat dilaksanakan.
“Jadi kelengkapan diperingkat universiti perlu diberi keutamaan.
“Kita berharap ada berita gembira berkaitan dengan agenda untuk mahasiswa, kolej kediaman dan pendigitalan,” katanya.
Sementara itu, UniSZA berharap Belanjawan 2027 dapat memberikan perhatian kepada agenda mahasiswa, termasuk kemudahan kolej kediaman.
Pihak universiti yakin perkara itu diambil kira dalam belanjawan kali ini, selain menantikan berita baik berkaitan ekosistem pendidikan tinggi negara.